Saturday, April 18, 2009

"CHILD ABuSe AWareneSS"

erm..bulan april nih merupakan bulan untuk "child ABuse Awareness"..tuk seluruh dunie..erm aku tau pon bile semalam 17 April 2009..aku kuar ngn safa after exam HUB.etnik..kitorang pegi Kuala Lumpur Internationmal 2009..huhuh..best gler..erm aku rase kempen nih sgt bagus..sebb klu xder saper yg awre kat kanak2..sian dyorng...erm penderaan kanak2 buakn shj oleh ibu bapa sendiri seperti kene sebat,cucuh ngn puntung rokok n others..tapi oleh org luar gak..Sebagai contoh yg paling banyak kite lihat kat Malaysie se ndiri..bile kite jln2 kat area station bus or tempat yg sewaktu dengannye...ermm kite lihat byk kanak2 yg mintak sedekah..ader yg tangan patahler,,kaki kudung..but ader gak yg sihat tp pakaian comot n compang camping..dengan xterurus keadaan dyorg..erm klu aku tgok sedey...nk nanges tgok keadaan dyorg..sebenarnye kanak2 nih merupakan hamba suruhan yg didalangi oleh golongan yg siot2 n xbertanggungjawab..mereka nih gunekan kanak2 tuk mintak sedekah..erm ader yg dipukul..erm klu yg perempuan plak ader yg disuruh jd pelacur...bayangkan kanak2 yg kecil bih dah disuruh terjebak ke kancah yg xelok...mane peginye belas ehsan dyorng nih...erm selain tu buruh paksaan terhadap golongan kanak2 nih pon ader juga..tp kat Malaysie xder ler..erm paling banyak kat negare AFrika coz kerana faktor kemiskinan..lagi satu mereka nih golongan "KUlit Hitam"so ...mereka nih ditindas oleh golongan "kulit putih"..so..mereka yg jd buruh pakse nih ader yg berumur 5 tahun..bayangkan mereka yang kecil nih kene kerja ladang or yg lainntehn kene wat keje yang berat2 diluar kemampuan mereka..kesian kan!!!erm dhler tu mereka nih xdbyr gaji mereka hanya diberi mknn shj...erm ader jugak mereka nih dipakse bekerja di Ladang Ganja untuk memetik daun Ganja..erm aper ler dunie sekarg..zalimmmmmm..erm yang aku sangat marahg2 sebab penderaan kanak2 nih juga berlaku bile kanak2 itu dirogol oleh org yg xbertggungjwab..nih juga kategori penderaan kanak2..erm bayangkan kanak2 yang kecil seumur 5 tahun telah dirogol..so memang manusie yg buat tu bukan manusie..boleh digelar binatang..sebabnye terlalu zalim kerane merogol kanak2 sekecil itu hanye untuk memuaskan nafsu serakah mereka jerk..ermmmemang dunie nih manusie dah zalim gler..xder belas ehsan..erm aku harap sgt2 ibu bapa jg anak2 mereka..aku juga mengingatkan diri aku sendiri krn 1day aku akan ader anak sendiri..ermmm...susa kan..kite sebagai manusie perlu ader tanggungjawab n alert ngn perkara yg berlaku disekeliling kite..xkire aper yg berlaku..selagi kite mampu untuk membantu kite cube bantu..."Lindungilah kanak-kanak..selamatkan mereka dari belenggu penderaan.."

Saturday, March 7, 2009

DIA..DIA..DIa..Mengapa aku BenCI dan SayANG???

Entah mengapa hatiku sebak..sedih...aku tak pasti...adakah aku melakukan kekhilafan dan kesalahan yang aku sedari atau tidak..aku buntu..aku xtau mengapa diriku minggu nih..bile di kelas aku seperti di awang-awangan..fikiran ku melayang entah ke mana..Cuma jasadku sahaja yang wujud..tapi fikiranku mati..kosong....aku xpasti adakah lecturer di hadapan perasan dengan gelagat ku..aku tau sepanjang minggu nih fikiran ku kosong  bile ke kelas...aku rase aku hanya melepaskan peluang yang ada untuk mengutip ilmu..ahhh timbul rase bersalah di hatiku...Emak, abah  maafkan adik...........Aku hanya pendam perasaan ku ini...kawan-kawanku mungkin xperasan dengan diriku kerna aku sentiasa dengan tingkah ku yg ceria..jika orang yg xfaham diriku mungkin mereka xtau ape yang berlaku..mungkin mereka akan fikir hidupku sentiase hepy tanpe masalah..aku xperlu semua orang tau masalah ku..biarlah aku yg merasainya..apa yang aku inginkan biarlah orang disekelilingku bahagia dan gembire..terutama kawan-kawanku...
Ah....................apa sebenarnye yg berlaku pade diriku......sudah banyak kali air mataku gugur...ah mengapa?????????????????????mengapa mesti berlaku pada ku dan DIA..apakah kesalahan ku pada DIA??????DIA??????????Ya DIA?????DIA  yang aku pernah SAYANG...DIA yang berjaya mencuri hatiku..dia yg berjaya membuang benciku pada lelaki tetapi kerana DIA juga   aku membenci dirinya.....DIA juga sentiasa mengingatkan ku tentang perilaku diri..DIA yang membuat hatiku xkeruan..DIA yang sentiasa baik di mataku....DIA adalah DIA...DIA yang tetap aku sayang sampai bila dan DIA yang aku tak mengharapkan CINTAnya..Pelikkan!!!!Tapi itulah aku..Biarlah ku pendam perasaan ini kerna DIA..Biarlah ku beri masa padanya..Jika benar jodohku di tetapkan TUHAN bersama DIA aku lah insan yang paling gembira....JIka JOdohku bukan dengan DIA..aku redha..sesungguhnya aku amat menyayanginya..Benarkan "pengorbana itu untuk orang yang kita sayang"....Ramai yang berkata "biarlah kita mencintai orang yang menyayangi kita" tapi padaku..kita punya hak untuk mencintai dan menyayangi orang..jika orang yang menyayangi dan mencintai kita tapi kita xboleh bagi perasaan dan hati kita sepenuhnya pun tak  guna juga..sebabnya kita tak jujur menerimanya..ah..itu bukan aku..jadi kau menghoramati hak dirinya untuk DIA membuat pilihan..

Tuesday, March 3, 2009

PENGORBANAN SUCI

"
Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tanamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri.

Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.

Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR
  • Peristiwa sebenar ini menggambarkan betapa luhurnya peribadi individu apabila Islam telah menyelinap di sanubari mereka.
  • Seseorang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi menjaga maruah Islam untuk menghulurkan pertolongan kepada orang yang di dalam kesusahan.
  • Agama Islam jika diamal dan dihayati sepenuh jiwa dan raga mampu menjadikan seseorang berakhlak mulia dan sanggup mati kerana menunaikan janji yang telah dibuat.
  • Orang Islam semuanya bersaudara. Sebagai saudara, kita hendaklah saling bantu-membantu dan sanggup menghulurkan pertolongan sekiranya saudara kita berada di dalam kesusahan.
  • Sebaik-baik mahkamah adalah mahkamah syariat yang 100% berlandaskan syariat Islam. Hukuman yang dijatuhkan adalah yang paling adil. Ini adalah kerana hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan dan selari dengan perintah Allah. Dia menjadikan segala sesuatu di dunia ini dan Dialah juga yang maha mengetahui ubat atau penyembuh segala penyakit sosial.
  • Dalam Islam, bunuh dibalas dengan bunuh. Inilah keadilah Allah. Manusia yang tidak mengiktiraf hukuman Allah dan redza dengan keputusan mahkamah yang sekular jelas membelakang dan mempersendakan Allah. Hukuman cara sekular tidak menyelesaikan masalah sosial malahan menambahkan gejala yang lebih teruk. Banyak kes berlaku di mana orang tidak bersalah dihukum dengan amat berat manakala orang yang benar-benar bersalah bebas sebebas-bebasnya seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. Jika hukuman tidak muktamad di dunia (tidak ikut hukum qisas/hudud), mereka akan diseret ke mahkamah Allah di akhirat di mana mereka akan dihukum seadil-adilnya. Sebaliknya mereka yang telah dihukum di dunia berlandaskan syariat Islam, dia tidak akan dihakimkan sekali lagi di akhirat.
  • .Masyarakat dahulu kukuh memegang nilai-nilai keIslaman tanpa memgutamakan kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan sebagainya. Allah dan Rasul dijadikan keutamaan mengatasi perkara-perkara lain. Masyarakat sekarang jauh menyimpang dari norma-norma keIslaman yang tulen. Untuk kembali ke tahap kegemilangan Islam, perlulah menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan.
Wallahu 'Alam.
.

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Sempena Bulan kelahiran nabi Muhammad saw.aku terbace artikel nih...untuk korang semue kite berkongsi ilme mngenai Rasul junjungan kita yang amat mulia..

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. 

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. 

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. 

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. 

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw: 

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

  •  
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

  •  
  • Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

  •  
  • Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

  •  
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

  •  
  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

  •  
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

  •  
  • Wajahnya seperti bulan purnama

  •  
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  •  
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

  •  
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  •  
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  •  
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik

  •  
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  •  
  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

  •  
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan

  •  
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

  •  
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

  •  
  • Rambutnya sedikit ikal

  •  
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

  •  
  • Rambutnya terbelah di tengah

  •  
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

  •  
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

  •  
  • Seimbang antara kedua bahunya

  •  
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

  •  
  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

  •  
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  •  
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

  •  
  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

  •  
  • Warna kulitnya putih tapi sehat

  •  
  • Kulitnya putih lagi bercahaya

  •  
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

  •  
  • Badannya tidak gemuk

  •  
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

  •  
  • Perutnya tidak buncit

  •  
  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

  •  
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. 

MORAL & IKTIBAR 
  • Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
  • Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
  • Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
  • Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
  • Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Tuesday, January 6, 2009

###SaHabaT-dulu kini dan selamanya-###

Aku tertarik untuk menulis blog aku hari nih..Entah??mungkin aku tengah kesedihan..mcm2 yg aku rase sekarang..terutama sekali tentang kawan or sahabat...Bukan mudah untuk mencari sahabat sejati..aku rindu dy seperti aku kenali di awl dulu..dulu..bukan dirinya sekarang..Makin hari aku tidak mengerti akan dirinya...Adakah aku yg berubah...?atau dy yang berubah..?ERm mungkin padaku ada khilaf juga..aku manusia biasa...TP aku rasakan aku sudah cukup menjaga Hati dan perasaan sahabat aku....Memanglah dlm persahabatan perlu ader kesabaran n pengorbanan..but..sampai bila aku harus bersabar n mengalah..sampai bila...??Ya aku harus bersabar..kerna aku masih sayangkannya...sayang akn persahabatn kami?????
Arghh...makin celaru aku...Aku????adakah apa yang aku buat selamer ni salah di matanya??Adakah apa yang aku buat selamanya tidak disenangi olehnya????Tapi mengape????jika benar ada yg xdisenangi..aku sedie mendengar segala teguran..Kerna aku perlu tau kekurangan diriku..aku ingin yg terbaik tuk sahabatku!!!!!!sebab aku amt menyayangi dirinya..Adakah kerna insan bernama" lelaki" dirinya perlu berubah seperti itu......aku rasa diriku tidak penting dlm hidupnya..adakah salah aku menasihatinya,,,sampaikan ape yang aku nasihat tidak diendah..adakah aku xberhak mencampuri urusannay..tp aku rasa aku berhak,,,,demi kebaikannya...untuk sekarang dan akn datang..aku xnk dirinya kecewa..Ya kecewa kerana seorang lelaki...aku xnk dirinya "obses" pada seorang lelaki yang xkite ketahui apa penghujunganya!!!!!
Aku taknak dirinya ditertawakan oleh orang laen...di tertawakan oleh lelaki laen...cukuplah aku saje yg mengetahuinya...!!!Tapi bagaimana harus ku terangkan padanya...bagaimana harus kukatakan padanya...adakah dy akan menerima kebenarannya???adakah dy akan terima kenyataaan sebenarnya???wahai sahabatku...kembalilah???sedar dr tidurmu....jangan terlalu membina harapan yg tinggi kerna seorang lelaki...aku xnk dirimu kecewa..dirimu sengsara...aku tidak mahu lihat air matamu menagalir...aku xnk dirimu menangis....aku nk" kau..aku..dan kite" semua..seperti dulu..semue bersama gembira bersama..jika dulu tiada kesedihan..tp kini...kau menangis semua kerana lelaki????aku xfaham...kawal dirimu wahai sahabatku????
jika apa yang aku coretkan ini kau xkan dapat menerimanya...mungkin kau menganggap aku tidak memahami dirimu///wahai sahabatku..aku cukup faham apa yg kau alami sekarang..tapi kau harus sedar...harus bangkit..biarlah kau lepaskannya...biarlah "dirinya"tidak membelungi diri kau..inagtlah...dy ader yang "berhak" buat dirinya..bUkan dirimu..Maaaf aku katakan apa yg aku tulis agak kasar..tapi inilah hakikatnye...
Memang aku sedar..dan dirimu juga...aku seperti tidak mempercayai "lelaki"..bukan bermakna semua lelaki semua tu jahat...aku xmelebelkannya..biarlah berkawan dulu..kenalilah hati budinya dulu..aku rasa kita akan lbh selesa berkawan...berkawan xrugi..padaku aku punyai matlamat sendiri...aku ingin mengejar segala cita2ku dan impianku..aku tau kau pon begitu juga..jgn kerana masalah lelaki menjadi penghalang semua nih..mungkin sekarang hatiku untuk lelaki belom terbuka...aku tidak kisah jika kau ingin mencipta hubungan yg serius dgn sesiapa..itu hak dirimu..aku xblh menghalangnya,,tapi biarlah yg terbaik untuk dirimu!!!aku pasti dirinya bukan yg terbaik untukmu..ingatlah segala yg berlaku ada hikmahnya..biarlah kau sedar n kecewa sekarang..menangis sekarang..jangan nnati makin besar masalah kau...aku jadikankekecewaanku dulu sebagai pengajaran untuk aku terus bangkit..bangkit mengejar cita2ku..aku pasti ada yg terbaik menantiku...untuk kau pon sama...insyaalah kau akn dapat seorang lelaki yg benar2 menyanyai dirimu...aku pasti itu!!!
Entah mungkin org lain tgok aku sentiase hepy..tp semua xtahu apa yg aku rase...hatiku!!!biarlah kite menggembirakan hati org lain..itu lbh penting..erm aku wat semua ni kerna tanggugjawabku sbgi sahabat...aku amat tersentuh sbb kau adalh sahabatku..kawan yg paling kau sayang..teman bersama susah dan senang...aku harap kau faham....kita mudah untuk mendapat seorang lelaki atau perempuan tapi xmudah untuk mendapat seorang sahabat n teman sejati..Fikir2 lah..buatlah keputusan yg terbaik untuk dirimu..lupakan dye????kerna aku dan kami semua amat menyayangi dirimu...
maaf ku pohon dariku..kau adalah sahabatku dulu dan kini...
salam sayang....

Friday, January 2, 2009

A Special World

A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

- Sheelagh Lennon -

Hakikat Cinta Dan Benci

Cinta (al-mahabbah) dan benci (al-karâhah), merupakan fitrah emosional yang dianugerahkan Allah SWT pada seluruh manusia. Bagi seorang Muslim, cinta dan benci itu harus berdasarkan proporsionalisasi syarî’at. Karena, bisa jadi, apa yang kita cintai itu justru sesuatu yang buruk, dan sebaliknya membenci sesuatu yang sebetulnya baik buat kita (Qs.2:216). Jika tidak demikian, betapa banyak orang yang akan menjadi korban akibat tidak tahu menempatkan arti cinta dan benci ini.

Dalam Islam, cinta seseorang haruslah berlandaskan kepengikutan (ittiba’) dan ketaatan. Sebagaimana firman-Nya, "Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" (Qs.3:31-32).

Salah satu cinta yang diajarkan Rasulullah SAW. diantaranya adalah, mencintai dan mengasihi sesama. Kecintaan ini, sebagaimana pernah dicontohkan beliau, tak pernah dibedakan antara Muslim dan non-Muslim. Bahkan, tidak dibenarkan jika kita tidak berbuat adil kepada suatu kaum misalnya, hanya karena benci kepada mereka (Qs.5:8).

Ajaran cinta Islami yang mesti disemaikan bukanlah sebatas sesama Muslim. Tetapi justru sesama manusia dan sesama makhluk. Rasulullah SAW. bersabda, "Hakikat seorang Muslim adalah, mencintai Allah dan Rasul-nya, sesamanya, serta tetangganya, melebihi atau sebagaimana ia cinta kepada dirinya sendiri" (HR. Imâm Bukhârî).

Kecintaan yang terekspresikan akan menjadi amal saleh buat pelakunya. Maka dari itu, kecintaan maupun kebaikan, meskipun baru tersirat dalam hati dan belum terlaksana, tetap akan mendapat pahala di sisi Allah. Sebaliknya, kebencian yang tersimpan dalam lubuk hati di samping sebuah kewajaran, juga tidak dicatat sebagai keburukan, hingga niatnya itu betul-betul dilakukan (al-Hadits).

Ekspresi sebuah kebencian tak lain sikap hasud yang dilarang Islam. Hasad adalah iri dan bersikap dengki terhadap orang atau kelompok lain, bahkan sebisa mungkin, berupaya menjatuhkan dan menghilangkan semua kepemilikan seseorang yang dianggap lawannya itu. Dari sini hasud berubah wujud menjadi hasutan, bagaimana merekayasa isu dan gosip tanpa fakta untuk turut meyakinkan orang lain, agar sama-sama membenci bahkan menganiaya orang atau kelompok tertentu. 

Benci yang hasud seperti di atas dilarang Rasulullah SAW, sabdanya, "Jauhilah oleh kalian sikap hasud, karena hasud itu niscaya akan memakan amal kebaikanmu layaknya api menghanguskan kayu bakar" (HR. Abû Dâwûd).

Wajah seorang muhâsid (pelaku hasud) tak lain seorang provokator yang senang mengadu-domba antarsesama, menabur fitnah, serta wujud dari kerja sama dalam menebar dosa (al-itsm) dan permusuhan (al-‘udwân). Mereka diancam Nabi SAW. tidak akan masuk surga, karena mencoba memutuskan pertalian kasih dan sayang antarsesama manusia (HR. Bukhârî-Muslim).

Dalam konteks Islam, shilat-u ar-rahmi (shilah, menghubungkan; dan rahmi, berasal dari rahim yang sama) merupakan keharusan menyemaikan perdamaian dan keharmonisan hidup antarinsan. Inilah inti rahmat-an lil-‘âlamîn; mencintai dan membenci karena Allah akan mendatangkan rahmat, sebaliknya, jika sesuai seleranya sendiri, terancam kepedihan azab-Nya. Dalam arti, tidak turunnya rahmat dan bertaburnya benih-benih perpecahan dan perselisihan (Bulûghu ‘l-Marâm, 2000; 496).* 

Agar kecintaan tumbuh dan bersemai dalam diri setiap insan, Rasulullah mengajarkan, "Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam (kedamaian), berilah makan orang yang membutuhkan, sambungkanlah tali persaudaraan, dan shalatlah Tahajjud pada sepertiga malam (introspeksi), niscaya kamu akan masuk surga dengan damai" (HR. Imâm Tirmidzî).

Demikian sebaik-baik kecintaan dalam Islam. Kedamaian ditebarkan untuk dan kepada siapa pun. Seorang muslim sejati ialah apabila, orang lain selamat dari ulah lisan, tangan, maupun kewenangannya (Fath-u al-Bârî I; 76-86). Wallâhu a’lam.
________________________________
*Penulis adalah Mahasiswa Fakultas Syarî’ah wa al-Qânûn (Islamic Law and Juriprudence Faculty), al-Azhar University, Cairo-Egypt.
** Dari Anas ra. Allah berfirman, Rasulullah Saw. bersabda, "Barangsiapa yang menahan amarahnya, maka Allah akan menahan azab-Nya" (HR. Thabrânî, Bulûghu ‘l-Marâm, Ibnu Hajar al-‘Asqalânî, Dâr-u Ibn-u Hazm: 2000, hal. 496).