Friday, January 2, 2009

###ANDAI ITU TAKDIRNYA……….###

###ANDAI ITU TAKDIRNYA……….

   Sudah puas aku memaksa mataku untuk tidur..makin dipaksa makin tak boleh tidur…Aku memusing kepalaku..  Aku lihat jarum jam menunjukkan pukul 3 pagi…jam berbentuk gitar berwarna biru masih lagi elok walaupun jam tersebut aku kira hampir 6 tahun aku menjadi tuannya.Jam tersebut merupakan jam kesayanganku..jam pemberian Adam Hasrul..insan yang terlalu istimewa dalam hidupku..Itu adalah hadiah ulangtahun kelahiran ku yang ke-20..katanya .aku minat pada gitar..jadi,hadiah tersebut sebagai pendorong pada aku yang sedang rancak belajar  gitar..Kerana Adam lah aku sekarang ni pandai bermain gitar….Indahnya  jalinan persahabatan antara aku dan Adam..Dialah sahabat terbaikku..

 

  “Arghhhh..” bukan kerana Adam aku tak boleh melelapkan mataku..tetapi kerana  insiden pagi tadi sewaktu aku di Popular,Midvalley untuk mencari novel kesayanganku  “Ayat-Ayat Cinta” .Karya Habiburrahaman Al-Shirazi karyawan dari Indonesia Yang sunguh terkenal dengan karya cintanya yang berlandaskan hukum Syariah Islam..Sedang aku leka membelek  novel tersebut tiba-tiba bahuku di langgar oleh seorang pemuda..Aku terdorong kedepan..Novel yang aku pegang  jatuh ke lantai.Nasib baiklah ada rak buku jika tak mungkin aku tersungkur.

  Tak dapat aku bayangkan kalau benar-benar terjadi..hushhh mesti malu fikirku…Aku merenung pemuda tersebut tanda aku tidak selesa dan marah dengan apa yang terjadi..dia mengambil novel tersebut dan aku hanya merenungnya..Erm.. hansem jugak mamat nih..mukenye  macam pelakon  Korea“My Girl” pulak tuh..badannya tegap seperti pelakon popular Malaysia si Fahrin Ahmad.Wow..inilah jejaka impian aku.Tapi semua tu ahnya aku luahkan dalam hati.”

  Sayang..are u ok!lenggok suara  gadis yang seakan mengada-ngada membuat aku tersentap..Dengan gaya minah lenggang-lenggoknya memaut lengan pemuda tersebut.Aku fikir mungkin itu teman wanitanya.Perlakuannya seakan menggoda meyebabkan aku memandang ke lain..Hey perempuan lain kali mata kau tu tengok betol-betol bukan letak kat kaki..”

  Amboiiii,sedapnye bahase makcik…lainkali beri salam dulu..cik abang sayang di sayang makcik yang langgar saya dulu tau..Bukan saya.Tak kuasa saya nak langgar cik abang makcik..jawabku..Saje aku gelarkannye makcik.

  Haha baru dia tau rasa malu..Berubah muka gadis gedik tersebut Aku dengan geramnya merampas novel daripada tangan pemuda tersebut dan berlalu dari situ.Yang aku panas hati sangat bile pemuda tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak meminta maaf  padaku.Aku terus menuju ke kaunter pembayaran dan keluar dengan hati yang membara.”Harap jerk muke hansom tapi takde adab luahku..

  Aku sempat melihat pemuda tersebut memerhatikan ku..Mungkin Rasa bersalah atau sebaliknya.Yang penting aku tengah panas sangat lebih panas dari Hot.fm.Erm aku membatalkan niatku untuk makn di Sushi Kings.Aku menuju pulang ke rumah..

 

  Aku terlewat sampi ke pejabat.Tugasku sebagai  Penolong Pengurus Sumber Manusia  di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota.Aku berasa malu ditegur oleh En.Ahmad selaku pengurusku.Aku hanya tersenyum kelat.Erm inilah pertama kali aku masuk kerja lewat.Sebab tu pengurusku  dan staf yang lain perasan.Walaupun beliau tak marah tapi aku terasa kerana sebelum ni aku xpernah datang lewat.Aku jenis yang menepati mase.Hai.gara-gara aku tak tidur malam tadi lah..Erm semue ni salah mamat korea tu..tukasku dalam hati

 

  Aku tekun menyiapkan tugasku.Life aku hanya di pejabat dari pagi sampai ke petang.Balik kerja aku memerap kat rumah.Setiap 2 minggu Aku pulang ke kampungku di Johor.Johor dan Kuala Lumpur hanya makan masa 4 jam perjalanannyaNasib baiklah aku dah ada kereta.Kereta Vios Desirable WGG 7288 yang aku beli dengan wang gajiku hasil usaha aku kerja.Aku sedar emak dan abah kesayanganku harus kuutamakan.Waktu mereka berdua masih hidup nil ah aku perlu tunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak.Tak terbalas jasa pengorbanan mereka dengan wang ringgit.

   Jika tak balik kampung barulah kau keluar dengan temanku Nina,Hani,Fiza,Azad,Luqman dan yang lain Selalunya kitorang tengok wayang.main

bowling atau sajer lepak-lepak hilangkan tension setelah seharian penat bekerja.

 

  Kenkadang terasa sunyi sangat-sangat life aku nih.Kenkadang kau busan..Iyalah aku kan “single” lagi..takda teman hidup.lainlah member-member aku semua dah berpunya.aku????masih menunnggu “mr.Right” aku datang..senyumku sendiri!aku nih terlalu kuat berangan.Emakku di kampung mula bising suruh aku kahwen..Erm katanya “jangan memilih sangat,nanti bile dah jadik andartu dah payah orang nak datang meminang”..dah bape kali adik tolak pinangan orang..mak nih kesian kan orang yang datang meminang tapi pinangan ditolak, jiran-jiran nih smua dok mengata pasal kita.”Aku hanya mendiamkan diri mendengar leteran emakku.Aku tau ada betulnya apa yang mak cakapkan.Erm Bila mak dah mula berleter tak berani aku nak menjawab.Selalunya abah lah ayng memihak padaku.Hehee anak kesayangan abah aku ni.

  Sebenarnya bukan aku sengaja tolak lamaran orang tapi aku masih tak bersedia tuk jadi isteri orang.Aku tak nak aku tersalah pilih.Siape yang tak nak hidup bahagia bila dah berumah tangga.Bila aku lihat sekelilingku yang banyak bercerai menjadikan aku fobia.Sedangkan aku masih tak berpunya teman istimewa inikan terus nikah dengan orang yang tak aku kenali..

  Biarlah apa orang nak kata.Asalkan aku tahu jaga diriku n maruah keluargaku.Insyaalah..ada lah nanti jodohku.

 

  Hari ni hari minggu..aku tidak pulang ke kampung,jadi aku bercadang untuk pergi ke Melaka.Aku memang minat sangat pergi ke Melaka.Tempatnye tenang jer.Aku suka tengok bangunan lame yang penuh dengan sejarah masih dikekalkan..rona waran lampu neon berkelipan di setiap deretan bangunan bila waktu malam.Terserlah keindahannya.

Aku berjalan menghirup udara segar di tepi Pantai Klebang.Aku pada waktu itu hanya memakai blaus dan skirt labuh putih dan selendang di kepalaku.Bab berpakaian aku memang simple.Solekan ku juga serba sederhana,Haha.nanti kalau over orang cakap macam “ Pelakon Opera China”.Aku saja memakai selendang putih yang hanya dililitkan di dadaku..Aku bejalan di gigi pantai sambil mengutip kulit siput yang cantik.Angin petang sungguh mendamaikan dan menenangkan hatiku.

  Sedang aku leka berjalan.tiba-tiba selendangku terbang ditiup angin.Aku cubamencapai tapi sudah terlambat.Tak aku sangka selendangku betul-betul di tangan seorang pemuda.Dia sempat menyambut selendangku.

  Bila pemuda tersebut menghulurkan selendang kepadaku,aku tergamam..Dialah lelaki yang melanggar aku tempoh hari.Reaksi wajahnya hanya mempamerkan senyumannya..

Hansemnye mamat ni bile senyum..detikku dalam hati.Aku membalas senyumannya.

Awak gadis yang saya langgar di kedai buku tempoh harikan?bicaranya memulakan perbualanAku hanya mengangguk tanda mengiyakan.Sebenarnya aku masih terkejut dan malu.Saya, Hafiz Haikal sambil menghulurkan.Aku serba salah lalu kuhulurkan jua tangannya “saya Alisha”..Dia menambah lagi “panggil saya Haikal saja dan saya mohon maaf sangat atas apa yang berlaku,Saya tak sempat nak mohaon maaf pada awk bila perempuan yang bersama saya tu datang.Dia tu sepupu saya.saya tiada apa-apa hubungan dengannya.Saya Harap awak tak berkecil hati dengan kata-katanya.”Jelasnya tanpa ku pinta.Aku hanya mendiamkan diri.

 Pada mulanya aku malu tapi bila dah berbual dengannya aku selesa dengan caranya.ERm sempoi gak mamat nih.Sekepale nagn aku.Kami mempunyai minat hobi yang sama bermain tennis.Gayanya yang kelakar membuat aku terhibur.Aku senang dengan dirinya.

  Sebelum pulang kami sempat bertukar nombor telefon.Aku Pada mulanya taknak bagi Tapi bila Haikal bersungguh-sungguh mahukannya aku pun ber jua akhirnya.Aku pulang dengan hati yang riang.Aku pun tak tahu kenapa?

Mungkin aku terhibur dengan Haikal.Aku tak mengharap padanya kerana  masih di awal perkenalan dengannya.

 

  Hari-hari yang berlalu aku lalui aeperti biasa.Selalu juga Haikal menghantar melalui khidmat pesannan ringkas padaku.Tapi tak pernah sekali aku membalasnya.Erm ada juga panggilannya tapi tak pernah aku jawab.Aku takut sebenarnaya.Padahal aku senang dengan dirinya.Mungkin tindakan aku ini membuatkan Haikal marah dan akhirnya aku tak pernah mendapat panggilan atau sms darinya.Mungkin bosan dengan tindakanku.Aku kira-kira hamper enam bulan pertemuan dengannya dulu di pantai.

   Entah mengapa aku rindu padanya.Erm aku senang dengan dirinya..Sepanjag Haikal tak menghubungiku tiap malam wajahnya bermain di fikiranku,Sebenarnya aku dah jatuh cinta padanya..Menyesal juga aku xmelayannya dengan baik dulu.Aku hanya berdoa aku akan bertemu dengannya lagi.Lagpon aku putus harapan bila nombvor telefonnya tidak aktif.Entah bila aku akan bertemu dengannya.Hanya takdir yang menentukannya.Aku hanya mampu berdoa.

 

  Jumaat malam mak aku telefon memesan padaku agr pulang ke kampung pada keesokan harinya.Katanya ada hal penting.Bila aku bertanyakan pada mak,mak hanya menjawab akan ceritakan padaku bila aku sampai di kampung nanti,Puas jugak aku fikir apa yang penting sangat.!janga-jangan mak nak bincang pasal ada orng nk melamar aku!Erm bila aku fikir aku jadi takut.tak semena aku x selesa.Enath lah mungkin aku memang benar-benar jatuh cinta pada Haikal.

  Aku gagahkan diri bertolak ke kampung pada pagi sabtu.Apa yang aku jangkakan semuanya benar.Memang sah ada orang ingin melamarku.Aku membantah tetapi mak marah sangat dengan tindakannya.Mak dan abah dah buat keputusan muktamad untuk terima saja lamaran tersebut,Katanya umurku makin meningkat dan calonnya yang dating dari keluarga yang baik-baik,Keluarga kenalan abahku.Emak dan abah tak mahu memalukan kenalannya sebagai alasan.Kali ini abah tidak memihak padaku.Aku hanya diam.Tak berani tuk aku bersuara dalam keadaan genting nih.Lagipun eok keluarga lelaki pihak lelaki dah datang .Nak tak nak aku hanya menuruti saja walaupun dalam hati ni pedih tiada siapa yang tahu.Haikal muncul diingatanku.Haikal hanyalah kenangan dulu.Mak menceritakan perihal bakal tuning ku.Aku buat tak endah jer,yang aku tau namanya Hafiz.Erm sebenarya hatiku sakit,Aku menangis teresak-esak dalam bilik.Aku tahu mak dan abh buat semua ni sebab mereka sayangkan aku.Ibu bapa mana yang tak nak tengok anaknya bahagia.Aku redha sebabagi anak aku mahukan keredhaan ibu bapaku.Aku teringat pesan ustazahku”Redha Allah adalah pada redha ibu dan bapa”…Insyaalah ada sinar bahagia yang menanti.

 

   Pagi itu semua adik-beradikku berkumpul.Keluaragku merupakan keluarga besar jadi meriah rumah mak aku.Aku Mempamerkan muka ceria.Sebenarnya aku masih Tak dapat terima kenyataan nih.Katanya kakakku Sara keluaga pihak Hafiz datang pukul 11.Aku hanya diam saja.Kakakku tau apa yang bergolak di fikiranku.Aku talah ceriatakan perihal aku bertemu dengan Haikal,Erm kakaku faham tetapi dia hanya mampu menasihatiku dan menyuruhku membuat keputusan yang terbaik.Pagi itu aku memakai kebaya unggu warna kegemaranku.Rupa-rupanya sudah lama keluargaku mengaturkan majlis pertunanganku ini.Alhamdullilah segalanya berjalan lancar.Cincin emas bertatahkan batu permata putih tersemat dijariku bila ibu Hafiz menyarungkan dijari manisku.Aku sebak tetapi aku tak tahu kenapa aku sedih??Kerana Haikal???

 

Aku terkejut dalam masa 3 bulan lagi aku akan dinikahkan dengan Hafis dan bergelar isteri yang sah padanya.Biasalah adat bertunang bahawa lelaki bakal tuning kita takkan dating sewaktu majlis pertunangan.Erm aku pon tak kesah lagi baik fikirku kerna hatiku masih belom terbuak untuk bertentang dengan bakal suamiku.

  Keluarga kedu pihak mahukan majlis pernikahan kami dilangsungkan secepat mungkin.Alhamdullillah bakal ibu mertuaku sangat baik walaupun dari keluarga orang berada.yang aku tau Hafiz anak bongsu.Dia cuma ad dua beradik.

 

  Selepas keluarga Hafiz pulang aku hanya terperap dalam bilik.Aku berkemas-kemas untuk pulang.Sebelum aku masuk ke dalam keretaku aku sebak bila aku bersalam denagn emakku,Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya-DIa berdoa agar anaknya dilimpahi keberkatan dah kebahagiaan.Aku menangis sepanjang perjalanan.

    BEriat pertunangan tak siapa yang tahu termasuk rakan-rakanku.Bukan apa aku mahu biarlah mereka tahu bila kad undangan kuhulurkan.Sebenarnya aku mals nak menjawab pertanyaan berkaitan tunangku.Muka dia pon aku tak pernah lihat.Erm bila fikir balik macam zaman dulu.Bila nak kahwen jodoh mak ayah yang pilih.Tapi sekarang nih terjadi padaku!!!Aku pasrah..Haikal..maafkan diriku!!

 

3 Bulan Kemudian

 

Sehari sebelum majlis

 

  Segala persiapan majlisku sudah disiapkan,Keluargaku yang uruskan segalanya..Pelami n persandinganku warna biru muda.Segala barang hantaranku sebanyak 13 dulang dihiasi indah.Malam itu upacara malam berinai.seronok juga semua saudar maraku datang

rumahku meriah..masing-masing tak lepaskan peluang mengusikku.ada yang memberi nasihat padaku.Insyaalah akan kuturuti dan menjadi isteri yang solehah.

 

20 Disember 2008

 

Upacara pernikahanku diadakan di masjid.Majlis khatam al.Quraan turut diadakan.Aku berdebar-debar bila emakku memberitahu bahawa romboongan pihak lelaki sudah tiba.IYa lah aku tak pernah tengok pon wajah tunangku..Erm mase lepas majlis pertunangan dulu ada jugak mak aku berikan gambarnyaTapi langsung aku tak tengok.Kononnya tanda protes..”sengal jugak aku nih”erm masjid inilah saksi cintaku dengan bakal suamiku,Ya allah!!! Aku hanya mampu menyebut perkataan itu sahaja,

tidak semena-mena air mataku mengalir.aku lihat Haikal hanya tersenyum kepadaku.rupa-rupanya Bakal suamiku adalah Hafiz Haikal Iskandar (seperti yang tertera pada kad undanagn perkahwinan).Insan yang aku cintai dalam diam.Aku tak putus mengucap syukur pada yang Esa.

  Alhamdullillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isetri kepada Hafiz haikal Iskandar.aku menagis bila Haikal meyarungkan cincin di jari manisku dan mengucup dahiku semasa upacara membatalkan air sembahyang.Rasa cinta yang amat sangat padanya.walaupun aku hanya bersua untuk seketika waktu dulu tapi aku sayang padanya.Inilah dikatalkan cinta pandang pertama.hehhe.

  Aku berdoa agar hubunganku ini kekal hingga ke akhirnya,,insyaallah..

 

  Setelah selesai majlis persandingan barulah aku dapat berbual panjang  dengan suamiku,Rupa-rupanya suamiku juga jatuh cinta pada pertemuan yang lalu.Tapi atas sebab aku Tak memberi respon dengannya maka suamiku memutuskan hanya  mengikut  pilihan keluarganya.Aku tersenyum mendengar ceritanya.Katanya aku ego sangat sampai sanggup tak membalas sms dan panggilannya,Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya..So kitorang ni kahwen atas pilihan keluarga.

  Semua yang berlaku ada hikmahnya.Insyaallah aku akn menjadi isteri solehah kepada suamiku yang tercinta…hafiz Haikal Iskandar!Aindai itu Takdirnya…..

 

 

nukilanku;

PutYRy FaRA

20 disember 2008

11 pm-5.am

No comments: